Saturday, 2 February 2013

3 perkataan

Ada apa dengan tarikh ini?

Tiada yang istimewa cuma, ulang tahun kelahiran Mr.MB yang ke 18 tahun. Syukur masih berada di bumi yang nyata.

Birthday party? NO!

Kiranya ni macam birthday cake tapi secara tidak unofficially. Nampak tak bahasa yang sangat mengarut. MANGLISH.

Pada pandangan Mr.MB tentang sambutan ulang tahun kelahiran;
"Cukup sekadar mengingati yang kita di dunia semakin hari semakin tua. Ulang tahun kelahiran merupakan tanda aras untuk cuba menjadi dewasa dan matang. Tak perlu sambut secara besar-besaran sampai nak buat kenduri berkanopi. Hehehe tu dah macam budak-budak kecil. Bila kita semakin membesar ulang tahun kelahiran tak meriah macam kanak-kanak. Mungkin kalau disambut bersama keluarga yang dibina berlainan"

Ewahhhhhhh. Keluarga yang dibina apakah maksudnya itu?


Gambar perhiasan

Jangan disalah sangka dengan 'gambar perhiasan'. Secara tak sengaja gambar ni diambil.

Jangan ada yang menangis kalau tiada siapa yang ucap selamat ketika birthday.

"Belajar untuk berdiri dengan diri sendiri. Tapi bukan dengan bayang-bayang sendiri. Kita kena belajar untuk sendirian kerana bayang-bayang kita sendiri pun akan lenyap tatkala gelap. Jadi ini pula orang disekeliling kita, mereka ada, ada masa"


Ada orang post di facebook.
Mr.MB mendapat 3 perkataan pertama
POWER
SUCCESS
HEALTH

POWER
Mungkin power tu adalah kekuatan untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi. DUNIA LUAR. Setelah tamat SPM kita akan bertemu dengan alam kerjaya atau pun menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sementara tunggu keputusan SPM yang bakal berkunjung tiba tak lama lagi, sangat digalakkan untuk para lepasan spm cuba kerja sambilan. AWAS! Jangan bila dah kerja dapat gaji, rasa senang dengan basic ala-ala cukup makan minum tu. Bagi Mr.MB paling penting ketika bekerja sambilan ni kan.. ialah PENGALAMAN. Pengalaman yang perlu dicari. Pengalaman penting untuk membuat kita sedar dan bangkit.

Jangan hanya kita berada di satu tahap sehinggakan kita berasa berpuas hati.
Peribahasa Melayu bagai katak di bawah tempurung.

SUCCESS
Kejayaan memang diidamkan setiap orang. Tiada orang yang tak nak berjaya. Nak berjaya kena usaha.
Dushhhhhhhhhhhhh!(penumbuk manja punya sound effect) "kata-kata sebentar tadi pesanan untuk Mr.MB sendiri"

HEALTH
Sememangnya Mr.MB medambakan kesihatan. Nak x-ray tak pergi pergi lagi. Aiyo ini la kan. Susah bebenor nak pergi ke klinik. Tak apa nanti akan daku paksa kan juga. Kesihatan penting. Tanpa kesihatan semua tak dapat! Eventhough power neither success. Sebab tak sihat macam mana nak kerja. Jadi jagalah kesihatan.

"orang yang pernah sakit, tahu betapa nikmatnya sihat"

assalamualaikum. insya-Allah Mr.MB akan berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan manfaat dengan 18tahun di bumi ini.

*waalaikumusalam


1 comment: