Sunday 1 April 2012

perut keroncong

assalamualaikum.
sejak 2012 Mr.MB memang takda masa nak jenguk kalian semua.
kehidupan sentiasa tidak dapat diduga.

pertamanya Mr.MB ingin berterima kasih kepada kalian yang sudah membaca post ini.

sesungguhnya Mr.MB sangat merindukan blog tak seberapa ni.

apahal Mr.MB datang singgah ke blog ni? sebenarnya banyak pengalaman yang Mr.MB sudah lalui untuk beberapa bulan (3bulan untuk 2012)

Sememangnya semakin lama kita hidup, semakin banyak pengalaman yang kita akan lalui
INGAT HYPOTHESIS NI! Soalan SPM Physics Paper 3. Hahaha...gurau!

Baru-baru ni menyertai untuk pertama kalinya Pertandingan Syarahan sempena Majlis Tadarus al-Quran peringkat zon jaguh.

NAIB JOHAN je!
Jumpa kawan, biasalah bertukar pendapat masing-masing. Kami bercakap tentang PELAJARAN okay! Ada la jugak kutuk sikit-sikit kat majlis ni. Hahahaha

Seterusnya, banyak sangat menyertai pertandingan peringkat sekolah bersempena Minggu Bahasa. Okay! Mr.MB sebagai pengerusi kelab Bahasa Melayu turut menganjurkan 'Kembara Bahasa'. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Editor majalah sekolah- terima kasih kat kawan-kawan ahli sidang redaksi. Memang satu pengalaman baru. Sebenarnya mungkin Mr.MB baru dan tak ada pendedahan lansung tentang editor ni. Dalam proses belajar. Kepada team SRB 2012 - Meme, Isma, Helmi, Raja, Eyda, Fakhrul dan lain-lain yg tak dapat disebut terima kasih kepada kalian.

Perbahasan ala Parlimen - Dua round menjadi pembangkang dan pusingan akhir yang akan datang menjadi pencadang. Hahaha...bak kata hazirah naik pangkat jadi Perdana Menteri. Memang banyak suka dan duka. Fitnah pun ada! Bagi Mr.MB tak menjadi penghalang dan tak rasa terjejas sedikit pun dengan mereka. Jelaslah bahawa kalian tak perlu nak fitnah Mr.MB kerana kebenaran pasti akan terbongkar! Sekian, terima kasih. Hahaha

RINDU SANGAT DENGAN TEMAN-TEMAN Mr.MB
Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaa tak keluar dengan mereka ni. Entah mungkin masa yang singkat dengan aktiviti sekolah + persediaan peperiksaan, masing-masing dengan komitmen mereka sendiri.

Perasaan
✓ Cepat menyayangi seseorang
✓ Cepat membenci seseorang
✓ Mudah melupakan seseorang

Itulahhh Mr.MB setelah membuat kajian. Melupakan tu bermakna tak berhubung lagi dengan seseorang tu. Bukan melupakan kat otak! Manalah boleh lupakan mentah-mentah macam tu!

Sakitnyaaaaaaaaaaaaaaa hati! Mr.MB banyak berfikir dan seorang yang berfikirrrrrrrrrrr je! Fikiran pula sebenarnya tak penting pun, takda pun nanti disoal oleh sesiapa cumaaa ya laaa kan.

Si sorang ni, Mr.MB cuba lupakan dia. Sampai deactivate facebook account, tapi selepas 3hari Mr.MB activate balik sebab mmg perlu berhubung melalui facebook atas urusan kerja.

Si sorang ni tadi, tiba-tiba komen selepas sekian berabad lamanyaa tak chat kat fb. Confuse! Takpelaaah awok.

Banyak lagi nak cerita, tapi faham-faham la. Mr.MB banyak belajar dari semua ni. Mr.MB akan cuba untuk berjaya dan Mr.MB akan hidup bahagia di samping orang yang selalu dengan Mr.MB.


Agaknya post kali ni memang tak tentu arah. Maaflah kalau semua yang Mr.MB tulis pada kali ini hanya semata-mata luahan perasaan Mr.MB.

Korang rindu tak cik ahhh...ahhhh ahhh? insya-Allah Mr.MB akan bawakan mereka datang balik ke sini selepas mereka sentap dengan Mr.MB yang mendiamkan diri.

Apa-apa pun. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment