Friday 21 December 2012

20.12.2012

Assalamualaikum... sudah lama jari-jemari tidak menekan papan kekunci.
Sekarang Mr.MB sudah kembali lagi...

This just like a come back from me < maaf nak speaking omputeh baru balik kelas mengaji. #ehh

Waaaa... nampaknya kehidupan kita berlalu pantas dengan masa yang begitu mencemburui kita. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku terhadap Mr.MB dalam beberapa bulan ini. Memang kalau nak diceritakan satu persatu mungkin seminggulah kalian mendengar cerita Mr.MB tapi kali ni Mr.MB nak menceritakan tentang kehidupan Mr.MB pada 20.12.2012
Haaaaaaaaaaaaaa! Mr.MB sekarang bekerja sambilan setelah menamatkan SPM 2012 yang tak berapa indah untuk dijadikan kenangan. Kepada yang bakal menghadapi SPM 2013 dan tahun berikutnya semoga kalian berbahagia.

Mr.MB merantau jauhhhh nun di Cheras, Selangor, Malaysia.

Menjadi perantau di negeri orang membuatkan kita belajar bak kata pepatah Melayu jauh perjalanan luas pandangan. Ehh maaf ya kalau salah...

(#now listening to A Thousand Years by Christina Perry #memory Twilight: Breaking Dawn Part II)

Semalam lepas habis kerja jam 1 pagi.. Mr.MB bersama my beloved manager(encik wan; still single so anyone wanna try him?), indonesian(mas joyo, kang dane; nanti Mr.MB ceritakan tentang 5indonesian guys sekerja sebilik setandas sebangunan bersama-sama Mr.MB menjadi perantauan), malaysian(rakan kerja; izzat), customers(mr.eddy, mr.bob) kami pergi ke kolam air panas di hulu langat.

Dalam perjalanan yang memandu Izzat keretanya berwarna merah, Mr.MB membayangkan kolam panas. Dulunya semasa lawatan bersama rombongan cik kiah *rombongan sekolah darjah enam lepasan upsr pergi ke pusat rekreasi air panas di sungai klah, perak. Mr.MB membayangkan kolam tu besar, tempatnya dalam hutan dan macam-macamlah!

Tuppppppp tup bila sampai. Terdiam kejap. Takde la seberapa yang dibayangkan Mr.MB tapi it's okay. Bila celup tangan okay panas...panas...

Celup kaki di permukaan. Aduh! Panassnyoooooo... Okay mereka-mereka itu sudah mau tolak saya dalam kolam air panas tersebut akan tetapi saya ni celup je la separuh sebelum lutut *kaki. Arghhhh it was a released. Ehhh.. Mula la rasa best. Then celup kaki kiri pulak. Relaxxxxxxxxxxxxxx bebenor Mr.MB


okayyy.. Mr.MB memang banyak bulu kaki. Hahahahahaha!

Lepas dalam 3pagi lebih tu... Tiba-tiba nampak pemandangan indah sangat, dalam hati "kan best dapat pergi sini" tuppp tuupppp! Sampai jua. Di mana?

AMPANG.

Pemandangan atas bukit terlihat persekitaran Kuala Lumpur

Kamera 5MP tak jelas.
sekian terima kasih. Mr.MB mengantuk 2.30am 21/12/2012. jumpa lagi kalian insya-Allah. Maaf entri ni tak seberapa dan isi kandungannya tiada apa-apa. Nanti Mr.MB manfaatkan masa kalian dengan ilmu berfaedah. wassalam.

Saturday 16 June 2012

abnormal

assalamualaikum...
fuhhh! susah betul Mr.MB nak berceloteh.

Pada 14/06/2012:

Mr.MB menjadi conductor for choral speaking tapi keputusannya tak gembiraa! Takpe, takde rezeki.

Pengalaman Mr.MB yang takkan lupakan.

Mr.MB juga mewakili sekolah ke pertandingan pidato di SMK Temerloh pada jam 2petang.
Apa yang kecewa Mr.MB pun kalah.


Al-kisahnya bermula
Pagi bangun pagi jam 5pagi! Arghhhhhhhh! Bangun-bangun terus terkejut! Macam mana ni! PIDATO >.<

Lepas tu practice sampai pukul 6.
Pada waktu sama kelam kabut! Ohhh mujur 2pasang uniform dah iron siap-siap sebelum tidur!

Tapi yawwwwww! Tak kemas beg + tak ready untuk barang nak bawa.

Dalam 6.30am siap mandi, teruss! Pakai baju + pakai suar + minyak wangi sikit* + solat la wehhh!


Hmmmmmmm. Dah siap! Ayah tunggu dalam kereta. Lepas tu Mr.MB kunci pintu. Lepas kunci pintu, kunci pagar rumah! Ohhh lupa nak amek barang. Panjat pagar. Arghhhhhhhhh! Botol berisi air yang penuh terjatuh dah pecah! TUMPAH ATAS KASUT! Grrrrrrr panjat semula pagar dengan niat nak tukar kasut yang kedua! Tapi............kasut tu agak besar. Nak bergerak waktu nak 'conducting' choral speaking nanti susah! So amek selipar! Bawak kasut basah tu + amek stokin baru.

Pabila sampai sekolah, almaklumlah mak guard tak kasi masuk! Then, Mr.MB kuar kereta bagi tahu blablablabla. Mak guard kasi! Grrrrrr gara-gara cap jari berlari kelas > pejabat > luar sekolah > pejabat > kelas. Okayyyyyy!

Hmmmmmm...malas nak cerita panjang memandangkan Mr.MB ada kerja lain ni.

Sekarang jam 12:43pm 16/6/2012 Mr.MB masih tak mandi.



Nah ni video Choral Speaking Team Mr.MB. Yeee! Mereka tingkatan dua. Latihan dorang kalau tolak campur bahagi darab tak sampai pun 30jam. Iskk iskkk! Tapi syukurlah persembahan mereka tak teruk.

Mr.MB TAK MENYESAL DENGAN SEMUA APA YANG DIBUAT.





Juara PAHANG! Gudluck for her! From SMK Temerloh

Monday 11 June 2012

Tinggi tinggi. Sejarah Kertas 2 SPM

Nak tahu cara belajar sejarah dapat markah tinggi?
insyaAllah akan dikongsikan bersama.
Nantikan daripada Mr.MB

bukan nak menunjuk hanya sekadar perhiasan
Maaflah! Kepada yang tak suka tu~ tolonglah jangan nak kutuk-kutuk!
Oh ya! Tak mustahil ada yang dapat 100/100. Tahniah!


Maaf kepada yang minta entri '10% Markah Trial-SPM Add Math' Mr.MB dah delete post tu.

Okay nanti kita jumpa! Assalamualaikum.



P/S: Maaf untuk post yang membazir masa kalian

Monday 4 June 2012

10% Trial SPM Matematik Tambahan













Assalamualaikum dan salam sejahtera. Membantu sekdar termampu. Bersama kita kongsi bersama.
Harap ini dapat membantu anda untuk mendapat 10% markah untuk Trial SPM.

Opssssss! Sila susun sendiri gambar-gambar di atas :)
Internet slow sangat!

P/S:  Muka 6(i) mendahului muka 6(ii)


WARNING!


I WILL DELETE THIS POST AS SOON AS POSSIBLE! So share with all your friends now! And just copy all photos and save in your desktop now! Don't wait because REPEAT AGAIN "I WILL DELETE THIS POST AS SOON AS POSSIBLE!"

Belanja kfc / mc'd / pizza / starbucks . Terima kasih

Doa untuk semua calon dapat markah cemerlang SPM 2012 :) pray for all .

Tuesday 29 May 2012

Cara nak dapat RUMUSAN 30 markah BM SPM

assalamualaikum.
Mr.MB kembali. Kalau laaa semalam memang hampa. Hari ni banyak nak kongsi dengan kalian.

tapi........dalam banyak-banyak cerita/peristiwa/perkara dan seangkatan dengannya. Mr.MB pilih


CARA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS DUA SPM.

Para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mungkin dah tahu dah apa isi kandungan untuk kertas bahasa Melayu:

1.Mengandungi empat soalan
-Semua soalan perlu dijawab
-Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

Soalan 1: Rumusan
Soalan 2(a): Pemahaman petikan umum
Soalan 2(b)Pemahaman
Soalan 2(c): Pemahaman
Soalan 2(d): Pemahaman
Soalan 3: Pengetahuan dan kemahiran bahasa
Soalan 4: Novel

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN KERTAS 2 BM: 110 Markah

Bagaimana nak jawab soalan 1?
Soalan 1: RUMUSAN

-Markah isi : 20 markah
                     1 isi = 2 markah
-Markah bahasa : 10 markah
                            Tertakluk kepada 1/2 daripada markah isi
-Jumlah perenggan: 4
Perenggan pertama: Pendahuluan
Perenggan kedua: Isi tersurat
Perenggan ketiga: Isi tersirat
Perenggan keempat: Kesimpulan


-JUMLAH PATAH PERKATAAN: 120 patah perkataan.

Cara pengiraan markah
P- 2
S-12
T-4
K-2
-----
I-20
B-10
-----
30

P > pendahuluan, S > tersurat, T > tersirat, K > kesimpulan, I > isi, B > bahasa.

1.JENIS ISI

Pendahuluan: Gambaran keseluruhan tentang petikan yang diberi(fokus dalam petikan)
-meliputi pendahuluan yang terdiri daripada satu ayat dan satu fokus sahaja
 Formula pengenalan
1.Kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/kelebihan/hikmah/keistimewaan/memaslahatan
2.Langkah/cara/usaha/strategi/kaedah/tindakan/saranan
3.Kesan/implikasi/akibat/natijah/impak
4.Punca/sebab/tujuan/faktor
5.Peranan/tanggungjawab/tugas/fungsi
6.Kekangan/halangan/tentangan/rintangan
7.Keburukan/natijah/risiko/kelemahan

 Petikan membincangkan ......................................... ( pada rakyat Malaysia )
1. pada rakyat Malaysia/ pada manusia/ di dunia/
2. dalam kalangan masyarakat/ dalam kehidupan seharian
3. di negara ini/ di Malaysia
4. pada hari ini/ pada masa kini/ sekarang

Contoh
SOALAN: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia serta kekangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan PENDAHULUAN:
    Petikan membincangkan strategi-strategi berpeluh kepada manusia di persada dunia

Layak mendapat 2 markah.
✔ Satu ayat. ✔ Satu fokus. ✔ Apa yang difokuskan usaha-usaha ditukarkan dengan perkataan sinonim strategi-strategi/langkah-langkah/tindakan-tindakan/. ✔ ayat pendahuluan ditambah dengan ( di persada dunia )

WAJIB TUKAR perkataan yang sama erti bagi apa yang kehendak soalan ingin fokuskan.


Isi Tersurat: Isi yang terdapat dalam petikan (arahan pertama soalan)
-meliputi 6 atau lebih isi tersurat

Contoh jawapan ISI TERSURAT:
    Antara usahanya ialah........ ATAU Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah.....

Ada dua cara.
1. Antara .....(arahan pertama soalan).....nya ialah
- nya merujuk kepada arahan/fokus. AWAS! Berhati-hati jangan sesekali tulis Antaranya ialah....
Antaranya < nya di sini tidak tahu fokus kepada apa! Jadi kena tulis Antara ......(  ).....nya ialah

2. Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah
-Salin balik arahan/fokus soalan.
-Tak perlu tukar kepada perkataan sinonim

Isi Tersirat: Isi yang tiada dalam petikan (arahan kedua soalan)
-meliputi 2/3 atau lebih isi tersirat



Contoh jawapan ISI TERSURAT:
1.     Antara kekangannya ialah...........

2.     Kekangan untuk melaksanakannya ialah.........

-cara menjawab sama seperti isi tersurat tetapi yang membezakannya ialah isi tersirat, isi yang tiada dalam petikan dan perlu fikir berdasarkan kehendak soalan.
-JAWAPAN yang diberikan mestilah tepat dan tiada huraian. Tak perlu beri contoh! Jangan sesekali ambil jawapan daripada teks petikan.
-fokus isi tersirat tak perlu tukar perkataan sinonim.

Kesimpulan: Penegasan isi berdasarkan idea-idea yang telah dirumuskan.
-meliputi kesimpulan yang terdiri daripada satu ayat sahaja
- cadangan + harapan .

Contoh jawapan KESIMPULAN:
      Kesimpulannnya, semua pihak mesti bekerjasama memartabatkan batik Malaysia agar warisan batik tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


LAKSANAKAN "Belakang parang kalau diasah lagikan tajam"

Membantu sekadar temampu.
Sambung lagi.......untuk soalan Pemahaman, Pengetahuan dan kemahiran bahasa, dan Novel.

Mungkin cikgu kalian lebih cemerlang dan mungkin kalian sukar nak faham dengan apa yang Mr.MB nak kongsikan tapi kalau tak dapat banyak sikit pun jadilah! Maaf andai ada silap dan salah.


Monday 28 May 2012

KOSONG = SAMPAH

assalamualaikum.

ehh. jangan lupa jawab salam tu! 'waalaikumussalam'.
kadang-kadang kita leka. orang taip 'assalamualaikum' kita just baca tapi adakah kita menjawab salam? ehhhh~ ini bukan post nak beri ceramah.

rindunyaaa untuk blogging tapi apakan daya tak mampu untuk menekan papankunci(keyboard).

MUSIM CUTI SEKOLAH!

mak cik-mak cik, pak cik-pak cik ada mana nak bawa anak bercuti atau balik kampung?

kalian yang muda-mudi ni mungkin akan terfikir "wahhhhhhhhhhhh~bestnya dapat hang out dengan member-member"

untunglah~

Mr.MB tiada apa-apa perancangan. Duduk rumah jaga teruna. Opsssssss!

Apa yang Mr.MB cuba sampaikan untuk post kali ni? Eeeeeeeeeeeeemmmm....

Takda apa-apa. Just nak share dua gambar ni;



Fesyen terkini! HAHA jomlah kita hang out sama-sama pakai macam mereka ni. Apa kata anda?




Sekian, terima kasih. Ini saja untuk anda. Maaf post kali ni memang 'KOSONG' = 'SAMPAH'

Mr.MB mencari Mr.MB untuk kembali. Lupaaa diri~ nantikan Mr.MB kembali bersentap~ BERENTAP!

Sunday 1 April 2012

perut keroncong

assalamualaikum.
sejak 2012 Mr.MB memang takda masa nak jenguk kalian semua.
kehidupan sentiasa tidak dapat diduga.

pertamanya Mr.MB ingin berterima kasih kepada kalian yang sudah membaca post ini.

sesungguhnya Mr.MB sangat merindukan blog tak seberapa ni.

apahal Mr.MB datang singgah ke blog ni? sebenarnya banyak pengalaman yang Mr.MB sudah lalui untuk beberapa bulan (3bulan untuk 2012)

Sememangnya semakin lama kita hidup, semakin banyak pengalaman yang kita akan lalui
INGAT HYPOTHESIS NI! Soalan SPM Physics Paper 3. Hahaha...gurau!

Baru-baru ni menyertai untuk pertama kalinya Pertandingan Syarahan sempena Majlis Tadarus al-Quran peringkat zon jaguh.

NAIB JOHAN je!
Jumpa kawan, biasalah bertukar pendapat masing-masing. Kami bercakap tentang PELAJARAN okay! Ada la jugak kutuk sikit-sikit kat majlis ni. Hahahaha

Seterusnya, banyak sangat menyertai pertandingan peringkat sekolah bersempena Minggu Bahasa. Okay! Mr.MB sebagai pengerusi kelab Bahasa Melayu turut menganjurkan 'Kembara Bahasa'. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Editor majalah sekolah- terima kasih kat kawan-kawan ahli sidang redaksi. Memang satu pengalaman baru. Sebenarnya mungkin Mr.MB baru dan tak ada pendedahan lansung tentang editor ni. Dalam proses belajar. Kepada team SRB 2012 - Meme, Isma, Helmi, Raja, Eyda, Fakhrul dan lain-lain yg tak dapat disebut terima kasih kepada kalian.

Perbahasan ala Parlimen - Dua round menjadi pembangkang dan pusingan akhir yang akan datang menjadi pencadang. Hahaha...bak kata hazirah naik pangkat jadi Perdana Menteri. Memang banyak suka dan duka. Fitnah pun ada! Bagi Mr.MB tak menjadi penghalang dan tak rasa terjejas sedikit pun dengan mereka. Jelaslah bahawa kalian tak perlu nak fitnah Mr.MB kerana kebenaran pasti akan terbongkar! Sekian, terima kasih. Hahaha

RINDU SANGAT DENGAN TEMAN-TEMAN Mr.MB
Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaa tak keluar dengan mereka ni. Entah mungkin masa yang singkat dengan aktiviti sekolah + persediaan peperiksaan, masing-masing dengan komitmen mereka sendiri.

Perasaan
✓ Cepat menyayangi seseorang
✓ Cepat membenci seseorang
✓ Mudah melupakan seseorang

Itulahhh Mr.MB setelah membuat kajian. Melupakan tu bermakna tak berhubung lagi dengan seseorang tu. Bukan melupakan kat otak! Manalah boleh lupakan mentah-mentah macam tu!

Sakitnyaaaaaaaaaaaaaaa hati! Mr.MB banyak berfikir dan seorang yang berfikirrrrrrrrrrr je! Fikiran pula sebenarnya tak penting pun, takda pun nanti disoal oleh sesiapa cumaaa ya laaa kan.

Si sorang ni, Mr.MB cuba lupakan dia. Sampai deactivate facebook account, tapi selepas 3hari Mr.MB activate balik sebab mmg perlu berhubung melalui facebook atas urusan kerja.

Si sorang ni tadi, tiba-tiba komen selepas sekian berabad lamanyaa tak chat kat fb. Confuse! Takpelaaah awok.

Banyak lagi nak cerita, tapi faham-faham la. Mr.MB banyak belajar dari semua ni. Mr.MB akan cuba untuk berjaya dan Mr.MB akan hidup bahagia di samping orang yang selalu dengan Mr.MB.


Agaknya post kali ni memang tak tentu arah. Maaflah kalau semua yang Mr.MB tulis pada kali ini hanya semata-mata luahan perasaan Mr.MB.

Korang rindu tak cik ahhh...ahhhh ahhh? insya-Allah Mr.MB akan bawakan mereka datang balik ke sini selepas mereka sentap dengan Mr.MB yang mendiamkan diri.

Apa-apa pun. Terima kasih.

Friday 2 March 2012

Angin Rindu Kala Embun Pagi

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~
2012
Lambatnya Mr.MB menjelma untuk update blog.


ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Diharapkan kalian yang membaca/melawat blog Mr.MB sihat-sihat belaka.
Sebenarnya Mr.MB banyak kali cuba untuk update blog membuka tirai 2012 tapi semuanya tersimpan dalam drafts.

...................................
(Mr.MB buntu nak taip apa la)

Mungkin kerana dah lama tak beramah-mesra dengan blog.

insyaAllah Mr.MB akan kembali selepas ini
(Jangan kecewa dengan post entry ini)