Tuesday, 29 May 2012

Cara nak dapat RUMUSAN 30 markah BM SPM

assalamualaikum.
Mr.MB kembali. Kalau laaa semalam memang hampa. Hari ni banyak nak kongsi dengan kalian.

tapi........dalam banyak-banyak cerita/peristiwa/perkara dan seangkatan dengannya. Mr.MB pilih


CARA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS DUA SPM.

Para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mungkin dah tahu dah apa isi kandungan untuk kertas bahasa Melayu:

1.Mengandungi empat soalan
-Semua soalan perlu dijawab
-Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

Soalan 1: Rumusan
Soalan 2(a): Pemahaman petikan umum
Soalan 2(b)Pemahaman
Soalan 2(c): Pemahaman
Soalan 2(d): Pemahaman
Soalan 3: Pengetahuan dan kemahiran bahasa
Soalan 4: Novel

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN KERTAS 2 BM: 110 Markah

Bagaimana nak jawab soalan 1?
Soalan 1: RUMUSAN

-Markah isi : 20 markah
                     1 isi = 2 markah
-Markah bahasa : 10 markah
                            Tertakluk kepada 1/2 daripada markah isi
-Jumlah perenggan: 4
Perenggan pertama: Pendahuluan
Perenggan kedua: Isi tersurat
Perenggan ketiga: Isi tersirat
Perenggan keempat: Kesimpulan


-JUMLAH PATAH PERKATAAN: 120 patah perkataan.

Cara pengiraan markah
P- 2
S-12
T-4
K-2
-----
I-20
B-10
-----
30

P > pendahuluan, S > tersurat, T > tersirat, K > kesimpulan, I > isi, B > bahasa.

1.JENIS ISI

Pendahuluan: Gambaran keseluruhan tentang petikan yang diberi(fokus dalam petikan)
-meliputi pendahuluan yang terdiri daripada satu ayat dan satu fokus sahaja
 Formula pengenalan
1.Kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/kelebihan/hikmah/keistimewaan/memaslahatan
2.Langkah/cara/usaha/strategi/kaedah/tindakan/saranan
3.Kesan/implikasi/akibat/natijah/impak
4.Punca/sebab/tujuan/faktor
5.Peranan/tanggungjawab/tugas/fungsi
6.Kekangan/halangan/tentangan/rintangan
7.Keburukan/natijah/risiko/kelemahan

 Petikan membincangkan ......................................... ( pada rakyat Malaysia )
1. pada rakyat Malaysia/ pada manusia/ di dunia/
2. dalam kalangan masyarakat/ dalam kehidupan seharian
3. di negara ini/ di Malaysia
4. pada hari ini/ pada masa kini/ sekarang

Contoh
SOALAN: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia serta kekangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan PENDAHULUAN:
    Petikan membincangkan strategi-strategi berpeluh kepada manusia di persada dunia

Layak mendapat 2 markah.
✔ Satu ayat. ✔ Satu fokus. ✔ Apa yang difokuskan usaha-usaha ditukarkan dengan perkataan sinonim strategi-strategi/langkah-langkah/tindakan-tindakan/. ✔ ayat pendahuluan ditambah dengan ( di persada dunia )

WAJIB TUKAR perkataan yang sama erti bagi apa yang kehendak soalan ingin fokuskan.


Isi Tersurat: Isi yang terdapat dalam petikan (arahan pertama soalan)
-meliputi 6 atau lebih isi tersurat

Contoh jawapan ISI TERSURAT:
    Antara usahanya ialah........ ATAU Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah.....

Ada dua cara.
1. Antara .....(arahan pertama soalan).....nya ialah
- nya merujuk kepada arahan/fokus. AWAS! Berhati-hati jangan sesekali tulis Antaranya ialah....
Antaranya < nya di sini tidak tahu fokus kepada apa! Jadi kena tulis Antara ......(  ).....nya ialah

2. Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah
-Salin balik arahan/fokus soalan.
-Tak perlu tukar kepada perkataan sinonim

Isi Tersirat: Isi yang tiada dalam petikan (arahan kedua soalan)
-meliputi 2/3 atau lebih isi tersirat



Contoh jawapan ISI TERSURAT:
1.     Antara kekangannya ialah...........

2.     Kekangan untuk melaksanakannya ialah.........

-cara menjawab sama seperti isi tersurat tetapi yang membezakannya ialah isi tersirat, isi yang tiada dalam petikan dan perlu fikir berdasarkan kehendak soalan.
-JAWAPAN yang diberikan mestilah tepat dan tiada huraian. Tak perlu beri contoh! Jangan sesekali ambil jawapan daripada teks petikan.
-fokus isi tersirat tak perlu tukar perkataan sinonim.

Kesimpulan: Penegasan isi berdasarkan idea-idea yang telah dirumuskan.
-meliputi kesimpulan yang terdiri daripada satu ayat sahaja
- cadangan + harapan .

Contoh jawapan KESIMPULAN:
      Kesimpulannnya, semua pihak mesti bekerjasama memartabatkan batik Malaysia agar warisan batik tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


LAKSANAKAN "Belakang parang kalau diasah lagikan tajam"

Membantu sekadar temampu.
Sambung lagi.......untuk soalan Pemahaman, Pengetahuan dan kemahiran bahasa, dan Novel.

Mungkin cikgu kalian lebih cemerlang dan mungkin kalian sukar nak faham dengan apa yang Mr.MB nak kongsikan tapi kalau tak dapat banyak sikit pun jadilah! Maaf andai ada silap dan salah.


7 comments:

  1. k...bro timo kasih byk tip2 wk demo v tuh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete