Monday 12 December 2011

Tak Bertajuk

Assalamualaikum!
Apa khabar semua?
Halo halo...!


Blog ini nampak gaya! Bukan lalang saja yang dah tumbuh. Tapi........... sarang labah-labah pun dah tumbuh.













WALAUPUN LALANG! Tetap terselit dicelah-celahnya seorang pengantin.
Kelassssssssssssssssssssssssss kau haiqa! Opss! Siapakah haiqa? Manakah maria?

Mengapa MR.MB tak update blog:
1.Sebab malas!
2.Nanti kalau cerita macam-2 korang mulalah mengutuk
3.Cerita yang I ade sgt panas! (Tak sesoai tatapan budak darjah satu)
4.Mempunyai terlalu byk cerita yg ingin dikongsi bila jadi rojak, rojak mamak! TAK SODAPP!
5.Kawan-2 kamu fikirlah sendiri kenapa MR.MB tak update blog ya!
(Drafts kau dah macam post bertahun-2 lamanya simpan kann?)

Apa yang MR.MB nak cakap sekarang!
Semalam 11.12.11 <- tarikh nikoh sapo dio?
Hari ini 12.12.11 <- uihh depa bersunat ka?

Mr.MB nak kongsikan dengan anda:
(tiada apa-apa! gurau sajo!)
1.Mak Mr.MB ditahan wad kerana sakit telinga
-pada tarikh 9/12/11 hari yang sangat sibuk. Berikut merupakan perjalanan Mr.MB pada hari tersebut;

RUMAH > Felda Transport Services Sdn Bhd > Kuantan Specialist Hospital > Klinik Al-Farabi > Klinik Syed Badruddin > RUMAH > Klinik Syed Badruddin > Felda Transport Services > Kuantan Specialist Hospital > Hospital Tengku Ampuan Afzan .

Jangan tanya kenapa boleh ke hulu dan hilir. Korang pun mesti pernah mengalami masa-masa yang sukar.
(Tak perlu Mr.MB jelaskanlah kot. Tak sempat nak snap snap photos. "Hey! Ada ke orang tengah sibuk dengan urusan kita dok 1 2 3 pose! Ho ho hotakss)

2.Mr.MB ada pergi ke Taman Bandar, Kuantan pada 7/12/11
-Sebenarnya tak plan dari awal. Tiba-tiba rasa macam nak pergi jogging. Seterusnya, nak kasi ikan makan. Sesiapa yang tinggal di Kuantan. Taman Bandar merupakan sebuah pusat rekreasi dimana para pengunjung boleh melakukan aktiviti aktiviti seperti:

✒Bersenam
 ✒Jogging
✒Woodball
✒Workout
Memancing adalah merupakan salah satu kesalahan disini!
✒Photoshoot
✒Dan lain-lain
Lihat ikan-ikan ni berebut menerkam sekeping roti. Biasanya pengunjung yang datang ke Taman Bandar untuk beri ikan makan akan kasi roti. Ada juga yang datang bawak makanan ikan tetapi roti menjadi pilihan kerana lagi seronok melihat ikan-ikan tersebut berebut.

Boleh nampak dengan jelas ikan-ikan dipermukaan air.

Wahh! Nampak siap ada aksi-aksi ni. Mujur ikan-ikan ni tak bogel. Kalau tak mungkin (18SGX).

Tiada DSLR untuk mendapatkan kualiti gambar yang jelas. Ni guna VlackVerry je. Tak mampu DSLR juta-juta!

Ini bukannya sampah! Ini merupakan plastik Mr.MB punya! Mr.MB simpan dalam kocet untuk dibuang ke dalam tong sampah. Menjadi satu kesalahan membuang sampah merata-rata tempah. KHIDMAT MASYARAKAT INI BIBAWA KHAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA. "Tak rasa bersalah ke buang sampah merata-rata? Perangai/sikap menunjukkan seseorang itu bertamadun atau tidak. Tunjukkanlah sikap yang baik. Biarlah hipokrit asalkan tidak menyakiti alam"


Mr.MB boleh kongsikan betapa tenangnya memberi ikan-ikan tadi makan. Ya! Memang benar. Semua orang mempunyai masalah. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu bagaimana untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi. Mr.MB cadangkan kita pergi ke tempat-tempat rekreasi. Kita jogging, kita bersenam, kita lepaskan segalanya dengan hembusan nafas.

Mr.MB selalunya pergi ke Taman Bandar bila balik hati, minda dari segi mental dan fizikalnya amat tenang. Mungkin setiap kali menjejakkan kaki ke situ. Mr.MB mesti membawa roti. Bila melihat ikan-ikan berebut nak makan roti. Ikan-ikan berenang keriangan menantikan disuap dengan roti. Sejuknya hati! Tenangnya fikiran! Gembiranya jiwa! Mata pun tersenyum. 

Indah ciptaan-Nya


Mr.MB nak update blog daripada hari berjumpa dengan sahabat Mr.MB lagi  
Intan Nursyafiqah 
Nur Syazlin 
Zul Ikhram

Sangat gembira bila berjumpa mereka.
Manakan tidak kalau...........
 
Intan nursyafiqah datangnya jauh dari Selangor. Setahun sekali setiap kali dia menjejakkan kaki ke Kuantan, Pahang. Mr.MB akan berjumpa dengan dia.
 
Si Syazlin tu pula! Haih sibuk bebenornya! Haa! Semalam bukan main. In relationship with...... Amboi! Tahniah la yerr... Dia ni selalu sibuk dengan taekwando. Orang nak dapat black belt kena gigih! Ya! Dia tinggal di Kuantan tapi bukan senang nak berjumpa dengan dia.
 
Zul ikhram, boleh jumpa dia tiap-tiap hari. PERSAHABATAN 10tahun


Diharapkan post kali ini. Tidak membuang masa anda yang membaca. Tidak merugi saat-saat anda membaca. Baiknya diambil pengajaran. Buruknya dijadikan tauladan dan sempadan. Sekian, terima kasih. Sehingga kita berjumpa lagi. Doakan mak saya cepat sembuh.

Doakan dengan keikhlasan
"Ya Allah kau sembuhkan Azizah binti Abdul Kadir daripada penyakit. Kau panjangkanlah umurnya sehingga dia benar-benar bersedia untuk-Mu. Kau permudahkanlah urusan dunianya sehingga dia dipermudahkan urusan akhirat. Kau berikanlahnya kekuatan, ketabahan kepadanya ya Allah" 
AMIN AMIN AMIN

Assalamualaikum....
"Wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh"


Lepas update post kali ni. Lepas hajat untuk update blog yang dah berbulan. Nanti entri seterusnya

Sebarang cadangan/pandangan/pendapat/pertanyaan
✉bowsan95@yahoo.com☏ .........................

2 comments: