Wednesday 21 December 2011

Kata tinggal

Assalamualaikum...

Mr.MB nak khabarkan kepada semua yang tiap-tiap hari singgah blog Mr.MB

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Berita penting!
Mr.MB sebenarnya dalam gembira terselit dengan perasaan sedih.
(ini sangat tidak penting bagi korang! siapalah Mr.MB kan?)


Entry post kali ini khas kepada mereka yang suka dengan cerita Mr.MB. Korang merupakan kenangan manis dalam hidup Mr.MB. Kalian memberikan banyak makna sehinggakan tak terucap bahagianya Mr.MB. Walaupun blog ni baru je nak bermula aktif tapi terpaksa berhenti sampai di sini

Teruskan sokong Mr.MB di masa akan datang!

Petang tadi selepas asar. Mr.MB tertidur sambil menangis.Kepala terlampau banyak berfikir.

"Propaganda betullah kau yer Mr.MB! Suka sangat kau buat drama! Iskk iskk! Kak senahh tengok kau macam sawan khinzir je dah! Kak senahh faham situasi kau tu. Harap kau bersabar okay?"

"Senahh! Tak baik. Kita tak dengar pun lagi Mr.MB punya penjelasan. Apa masalah dia! Be caring!"

"Takpe la kak senah, kak jahh. Mr.MB tak apa-apa. It's okay"

"Cuit! Cuit! Mr.MB aku perasan sesuatu di situ. Hang ada masalah hang akan cakap it's okay! Kantoi! Patut selama ni bila hang muram. Cheq tanya hang jawab it's okay. Padahal air mata berderuuuuuu~deruuuuuuuww. Tak gentleman! Tak jadi couple dengan hang!"

Mr.MB pun tertanya pada diri sendiri. Apa sebenarnya yang Mr.MB ingin luahkan.

"Nak tanya Mr.MB! Kak jahh selalu pesan baca qoran tu"

"Kak jahh, Mr.MB dah baca dah. Astaghfirullah al azim. Bulan ramadhan yang lalu Mr.MB sentuh al-Quran. Sekarang dah nak akhir tahun 2011"

"Nampak sangatlahh~ di situ! Kuatkan iman di dada! Mr.MB you must be strong. Akceli I don't want sekipping hengglish. You know they will kutuk-kutuk me. Like you don't know. Their mouth like drain! Drain sometimes more wangi than their mouth"

Berita penting! Sememangnya dunia takkan hancur kalau tak tahu berita ni.....

Mr.MB akan berhenti sampai di sini. Keputusan Mr.MB buat bukan atas dasar perasaan sedih. Mungkin Mr.MB mula fokus kepada kerja lain. Harap kalian tak kecewa. Mr.MB akan datang jenguk blog Mr.MB dan akan update andainya ada peluang.

Minta maaf andai kata team Mr.MB
> kak jahh , kak senahh , kak rosminah , kak rogayah dan Mr.MB
punya kata-kata menyakiti hati kalian. Sesungguhnya tiada maksud untuk itu.

Teringat akan dulu-dulu. Bila Mr.MB kesedihan mesti Mr.MB menyeru nama intan .
Sekarang Mr.MB hanya mampu untuk memujuk diri sendiri.

"Kalau kita rasa kita susah. Ada orang lagi susah. Kita makan nasi dengan telur goreng. Ada yang tak makan nasi dan kebuluran. Rumah kita berbumbungkan atap bocor. Mereka pula berlindungkan khemah dan berpindah-randah"

Alangkah bagus kita mengubati hati sendiri dengan membandingkan dengan orang lain?

"Pendapat kak rosminah ialah kalau kita asyik membandingkan dengan orang susah, sampai bila kita nak senang? Kita sendiri makan diri juga. Lihatlah akhirnya kita jatuh tersungkur tiada siapa datang membantu"

"Akaq senah rasa la kan. Tak elok juga dipendam sendirian. Tapi kalau kau dah takde kawan. Takpe la, akaq sendiri pun takde idea. Akaq tahu favorite kau bila time cenggini dengar lagu sedih. So akaq nak nyanyi untuk kau lagu sedih"


Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…



"Amboi senahhh! Merduuu...duu suara kau! Bagaikan terik matahari telinga aku mendengarnya! Kena perli sungguh si Mr.MB kali ni. Ya lah, lepas ni jarang sudah kita bergurau senda"

Mr.MB bukan tak nak share kegusaran Mr.MB tapi tak sanggup untuk berkata-kata. Semuanya sibuk. Cukuplah. Kita sememangnya harus berdiri sendiri tanpa mengharapkan sesiapa melainkan pertolongan daripada Allah S.W.T. Walaupun ibu bapa jangan kita bergantung sangat kepada mereka.

Mr.MB sendiri tahu tapi sukar untuk Mr.MB menempuhi sendiri. Mr.MB tak suka kata-kata motivasi kerana membuatkan Mr.MB sendiri makan diri. Ngappp! Ngapppp! Errrrrrrrrrrrrrrrrrk! Kenyang!

Sendirian telah membuatkan Mr.MB berada di atas yang mampu beterbangan andai angin bertiup.

 Bersyukur kepadaNya dengan apa yang diberi kepada kita.

Nasihat Mr.MB jagalah segalanya di Facebook. Jangan biarkan diri anda berdosa kerana Facebook

Burung mampu terbang bebas. Tapi tak semestinya kebebasan untuk
terus terbang diawan-awangan miliknya.

Assalamualaikum. Jaga diri semuanya. Maafkan Mr.MB


P/S: Dalamnya erti terselit disebalik entri ini. Ku menaruh harapan tapi berhenti berharap. Banyak Mr.MB nak ceritakan/kongsikan tapi tak berkesempatan.

Hantarkan email untuk sebarang pertanyaan/cadangan/pandangan/kritikan
mistermukabuku@yahoo.com

2 comments: